Tuesday, June 10, 2008

Pusat perlu bersedia laksana perubahan diminta rakyat Sabah

Banyak kenyataan dan komen mengenai nasib rakyat Sabah telah dibuat sejurus selepas keputusan pilihan raya ke-12 diumumkan.

Antara kenyataan itu termasuklah daripada Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh yang meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk mengadakan "plebicite" untuk mengetahui sama ada rakyat Sabah ingin terus kekal dalam Persekutuan Malaysia atau sebaliknya.

Datuk Patrick Sindu juga ada menyatakan pendapat beliau tentang perkara ini dan menyatakan Harris hanyalah bermimpi.

Manakala kenyataan yang dibuat oleh Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee pula berbaur ugutan kepada Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa PM harus mengotakan janjinya kepada rakyat Sabah sebelum Ogos tahun ini atau berdepan masalah MP Sabah keluar Parti beramai-ramai (tetapi hairannya Yong menegaskan MP SAPP tidak akan berbuat demikian.)

Tidak mahu ketinggalan, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan juga mengeluarkan kenyataannya tersendiri dengan menyatakan negeri Sabah semakin miskin akibat perbuatan Kerajaan Persekutuan merampas atau mengendahkan 20 perkara.

Menurut Jeffrey, 20 perkara inilah yang menjasi asas kepada hak-hak negeri tersebut dan menjadikan Sabah "lain" daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai rakyat Sabah tidak sedar bahawa kenyataan 20 Perkara yang Jeffrey sebutkan itu telah pun diserapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan Sabah sendiri.

Oleh itu, tanggapan bahawa negeri Sabah miskin akibat 20 Perkara diendahkan ataupun dirampas bukanlah tanggapan yang kuat.

Untuk berlaku lebih adil, kesemua pemimpin Sabah, baik yang dahulu atau sekarang bersetuju bahawa Sabah telah menjadi sebuah negeri yang papa kedana tetapi mempunyai pandangan berbeza tentang apa yang berlaku.

Sebagai contoh, Harris dalam kenyataannya berpandangan:

*** Sabah miskin kerana Kerajaan Pesekutuan mengendahkan keutaan projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh negeri ini. Kebanyakkan projek yang dijalankan seperti pembinaan jalan raya baru atau sekolah-sekolah besar tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, terutamanya yang berada di kawasan-kawasan luar bandar dan projek-projek seperti ini bukanlah yang dikehendaki oleh penduduk.

*** Keangkuhan Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan UMNO, yang antara lainnya turut mengamalkan dasar yang sama dan Harris mengambil contoh pemilihan agung UMNO sebagai contoh di mana dasar ini sangat ketara diamalkan. Sebagai contoh, mana pemimpin yang ingin bertanding sebagai Presiden Parti haruslah mendapat pencalonan sebanyak 30 peratus daripada 191 Bahagian. Hampir kesemua pengerusinya mendapat kelebihan atau ganjaran politik dibawah naungan Umno apabila membina untuk kontrak Kerajaan.

Di bawah sistem ini, projek-projek pembangunan untuk kawasan-kawasan luar bandar tidak menjadi keutamaan kerana ramai yang mengintai projek-projek yang besar dan membawa untung yang banyak. Oleh yang demikian, pengerusi, yang juga bergelar YB pada masa sama, tidak tahu atau tidak peduli menyusun agenda pembangunan untuk memangkin ekonomi kawasan luar bandar.

Jika faktor-faktor ini di ambil kira, maka cadangan Harris kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan "plebicite" menjadi realiti, ianya akan membuka peluang untuk rakyat Sabah menyusun formula dan melaksanakan pelan-pelan yang akan membawa perubahan dan memperbaiki ekonomi negeri dan rakyat jelata, terutamanya yang berada di kawasan luar bandar.

Mengenai kenyataan Presiden SAPP pula, Yong telah bijak menggunakan kekuatan pada jumlah MP Sabah dalam BN untuk menyatakkan perlunya perwakilan yang lebih di bahagian eksekutif Kerajaan Persekutuan, di mana Yong telah membuat tuntutan supaya PM bertindak sebelum bulan Ogos ini.

Dalam hal ini perli diingat, Harris adalah pemimpin yang telah lama bersara manakala Yong pula masih bergiat aktif, akan tetapi kedua-dua mereka mempunyai hak untuk bersuara dan tidak ada mana-mana pihak yang sepatutnya menyatakan mereka ini sebagai terlalu berani atau melanpau dalam tuntutan meraka.

Untuk membezakan yang mana satu melampau, cuba pembaca membandingkan kenyataan Harris dan Yong dang Karpal Singh yang terang-terang mencabar kesahihan status dan peranan raja-raja Melayu.

Kesemua ini ada kaitan dengan keadaan politik negara sekarang di mana lima negeri kini di bawah kawalan pembangkang dan dengan majoriti yang tipis di dalam Parlimen, Umno dan Kerajaan Persekutuan tahu posisinya terumbang-ambing.

Harus diingat bahawa Harris dan Yong bukanlah pemimpin pertama untuk membuat kenyataan yang menuntut perubahan, malah tengku Razaleigh sendiri membuat kenyataan berani untuk perubahan drastik dalam Umno dan juga kepimpina Kerajaan Persekutuan.

Malihat kepada situasi ini, keberangkalian untuk pihak pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara seawal tahun 2012 atau lebih awal tidak boleh dipandang ringan.

Akan tetapi, demi masa depan keharmonian dan ekonomi negara, keberangkalian ini haruslah diperkecilkan lagi dan ini hanya boleh dibuat jika pemimpin Kerajaan Persekutuan bersikap lebih sensitif dan mendengar keluhan rakyat Sabah dengan Ikhlas.

Apa yang lebih penting selepas itu adalah untuk Kerajaan Persekutuan Bersedia dan rela melaksanakan perubahan yang diminta oleh rakyat Sabah.

BN=Barang Naik

Janji-janji yang ditaburkan para pemimpin BN semua janji palsu semata untuk memncing undi. itulah buduh punya orang melayu senang-senang aja di beli oleh orang Malaya. sekejap dia bilang itu sekejap dia bilang ini mcm lah kita buduh. Tapi ada banyak juga urang-urang buduh yang menyukung dia ni(kerajaan BN).

urang-urang sabah bukalah mata kamu bha. cuba kamurang tinguk di semenanjung tu. semua sudah betukar pemimpin durang. ini kerana durang tu pintar membuat pilihan bukan macam kamu urang sabah semua kana janji sikit atau kana bagi duit RM50 pun sudah cair. trus inda jadi mau pilih pembangkang. cuba kamu tinguk bha di kelantan, kedah, selangor, P.Pinang dan perak semua suda pinda rumah teres. kita masih lagi macam si tai eksen-seksen duduk di rumah banglo mcm orang kaya padahal kita tidor di siring-siring tandas aja. betul juga cakap MP Kimanis Datuk Anifah Aman. bagus duduk rumah teres pun rumah teres la yang penting tidur atas katil. apa guna rumah banglo kalau tidur di lantai.

BN = Barang Naik
dulu sebelum PRU ke 12 semua di kawal. sekarang semua da naik. betul-betul membebankan saja lah BN ini. bukan alang-alang minyak naik sampai 30%. macamlah kita ni negara pengimport minyak. kata durang harga minyak dunia naik harga suda. cis!!! durang pikir kita ni bodoh betul mcm kambing. cuba pikir baik-baik. jika harga minyak naik negara kita sepatutnya mencatatkan keuntungan. pasal negara kita menjual minyak Gread A lagi tu. mesti lagi mahal lagi berkualiti. nda masuk akal betul alasan durang ni tau. harga barang pun naik bha. jangan-jangan durang sudah guna semua duit negara kita ni untuk membeli undi pada PRU ke 12 yang lalu. Manalah kita tau bha apa terjadi dengan duit tu. tapi itu semua sipir 1 saja bha senang ja di pikir. cuma kita saja inda dapat bersuara. setakat bersuara di kedai kopi mimang kamu semua lah heronya. tapi bila Pak Lah muncul di depan trus jadi macam hilang pikiran. asyik memuji ja kamu dgn pak lah kerana mengharap dia menabur duit RM50 untuk tutup mulut kamu. padahal masalah trus menerus membayangi kita.

Tidak lama lagi timbul lagi cerita orang KL makan duit minyak hasil dari sabah. Padahal org kita sendiri yang buduh nda pandai buat pilihan. ingat ini sampai mati. PRU akan datang klau durang bagi duit ambil saja. kata org tua-tua rezeki jangan di tolak musuh jgn di cari. tapi undi kasi dengan itu pembangkang. nda juga kita rugi bha jika pembangkang yang memerintah akan datang. sama saja klau durang bilang barang atau minyak akan naik jika pembangkang memerintah. nah kamu ingat lah trus sekarang time durang memerintah pun semua naik. apa tidaknya paham-paham la kamu apa itu ertanya B.N.

klau kita try-try kasi sukung pembangkang pun nda juga rugi apa-apa bha. kata org belum cuba belum tahu lagi. sekali cuba hendak lagi !!!! asalkan kita dapat tidur lena.

Berundurlah sebelum hancur binasa, masa depan rakyat tergadai: Master_Piece

Dari apa yang saya lihat dalam pertubuhan gergasi UMNO masa kini, ada sedikit keretakan dalaman kerana sebilangan ahli ahli UMNO merasakan PakLah bukan lah pemimpin yang boleh menandingi kepimpinan Tun Dr. Mahathir Muhammad.

PAKLAH ORANG BAIK
Walaupun pada hakikatnya PakLah adalah seorang yang baik sebagai seorang ahli kabinet dizaman Tun Dr. Mahathir Muhammad dan secara mengejut PakLah yang No3 Naib Presiden UMNO diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad sebagai pelapis untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia. Namun Dato' Seri Najib Tun Razak Naib Presiden No1 dan Tan Sri Muhiddin Yassin Naib Prsiden No2 mereka berdua ini adalah mengambil sikap low profile dan sanggup beri laluan kepada PakLah dengan penuh ketaatan kepada UMNO dan pucuk kepinpinan. Mereka berdua berkerja dengan telus dibawah kepimpinan PakLah bila PakLah mengambil alih sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, no heart feeling kelihatan dari kedua dua Naib Presiden UMNO itu.

PAKLAH TIDAK POPULAR
Yang menjadi PakLah tidak popular sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah kerana beliau membatalkan jambatan bengkok Johor ke Singapura dimana telah menelan ratusan juta rm. Inilah punca utama kemarahan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad kepada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

SIAPA MASTERMIND?
Siapa dibelakang tabir menjadi mastermind kepada Perdana Menteri untuk membatalkan jambatan bengkok itu? Apa kah keuntungan Malaysia kalau jambatan itu dibatalkan? Dan apa kah keuntungan Malaysia kalau jambatan bengkok itu diteruskan pembinaannya yang hampir siap itu? Masalah kedua yang membawa rakyat Malaysia tidak senang hati kepada kepimpinan PakLah tentang penjualan pasir dari Malaysia ke Singapura. Persoalan yang timbul dikalangan rakyat Malaysia siapa kah yang mendapat keuntungan dari hasil penjualan pasir dari Malaysia itu ke Singapura itu? Banyak lagi perkara yang samar samar dibelakang tabir yang belum diketahui kesahihannya berlaku dalam pentadbiran Kerajaan yang dipimpin oleh PakLah.

KEKUATAN PAKLAH DI-GRASS ROOT
Kekuatan grass root PakLah kalau dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir Muhammad, memang PakLah tiada sokongan grass root dari ahli ahli biasa UMNO. Tapi PakLah lebih kebal dari Tun Dr.Mahathir Muhammad sewaktu zamannya menjadi Perdana Menteri. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawe menggunakan kuasanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia untuk control semua Ketua Ketua Cawangan dan Ketua Ketua Bahagian UMNO diseluruh Malaysia dengan apa cara sekali pun KJ akan uruskan untuk menjaga kepentingan mereka dalam UMNO. Yang datang ke-PAU bukan ahli ahli biasa tapi dari pilihan Ketua Ketua Cawangan dan Ketua Ketua Bahagian maka jadilah PAU SATU PESTA PUJI MEMUJI PAKLAH. Zaman Tun Dr. Mahathir Muhammad sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak buat seperti ini. Cuma Tun control Menteri Menteri Besar dan Ketua Ketua Menteri sahaja. Ini tidak cukup kuat untuk menjadikan Tun Dr. Mahathir Muhammad sebagai seorang yang kebal sokongan dari Ketua Ketua Cawangan dan Bahagian UMNO maka jadi lah satu cabaran suatu ketika dulu keatas Tun Dr.Mahathir Muhammad vs Tengku Razaleigh. Beliau hampir hampir tewas.

PELAPIS PAKLAH SIAPA?
Hari ini PakLah telah berhati hati dan PakLah kebal sokongan, sesiapa sahaja mencabar beliau dalam Mesyuarat Agung UMNO maka orang itu akan hancur lah karier politiknya untuk selama lamanya. Walau bagaimana pun, ahli ahli UMNO seluruh Malaysia secara keterpaksaan demi UMNO demi Melayu jangan ada perpecahan dikalangan orang orang Melayu dalam UMNO mau atau tidak mau, terpaksa mereka menerima PakLah sebagai pemimpin UMNO selama yang PakLah mau. Pelapisnya adalah KJ untuk diangkat sebagai calon PRU nanti dan kemudian diangkat menjadi Menteri Kanan dalam kabinet PakLah selepas PRU yang akan datang.

Syurga Judi Sabah Dibakar?

Syurga judi sabung ayam terkenal di Sabah yang beroperasi sejak 20 tahun lalu dengan syubahat Kontingen Polis Sabah telah dibakar!
Syurga yang terletak di Kampung Sogon, Jalan Kimanis-Keningau dan menjalar sehingga ke dalam hutan simpan Banjaran Crocker Keningau telah berada di bawah pengaruh Taukey Judi terkenal, 'Mr Wai' mengalahkan polulariti Tan Sri Lim Goh Tong kerana beroperasi tanpa lesen.

Selama ini Syurga judi berkenaan terletak di bawah kawal selia Chief Inspektor Bong yang membuat pertaruhan ratusan ribu ringgit setiap pusingan sabung dan memungut 20 peratus daripada jumlah pertaruhan.

Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman baru-baru ini, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda.

Serbuan tersebut merupakan tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini menjadi 'Pelindung' kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah.

Rentetan peristiwa jenayah yang melibatkan 'Godfather' dan 'Don' yang mendapat perlindungan Kontigen Polis Sabah bermula dengan Judi Sabung Ayam di Keningau yang telah menjadi sumber rezeki pegawai kanan polis.

Walaupun laporan demi laporan dibuat, namun selama lebih 20 tahun, Syurga Judi Sabung ayam milik Mr Wai yang menjadi tumpuan kaki sabung ayam berpisau dari Asia Tenggara selamat daripada sebarang serbuan polis.

Pegawai kanan Kontingen Polis Sabah telah hidup mewah hasil ratusan juta ringgit yang telah berjaya dikumpul daripada kegiatan judi berkenaan, tidak termasuk wahui dan 4D haram yang telah berakar umbi di Keningau dan sekitarnya.

Hubungan antara Mr Wai dan Chief Inspektor Bong bagaikan isi dengan kuku sehingga laporan yang dibuat kepada Unit Tatatertib Bukit Aman bukannya menurunkan pangkat Chief Inspektor Bong Khuet Kuen, malah menaikkan pangkatnya sebagai Assistant Superintendan Polis (ASP).

Persoalannya, siapakah yang mendalangi dan menikmati hasil daripada kerja keras Mr Wai dan ASP Bong sejak 1993? Pesuruhjaya Polis Sabah atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman?

Jika di zaman Datuk Ramli Yusoff menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Leong menjadi 'Bill Collector', maka di zaman Datuk Bakri Zinin pula ASP Leong dilantik sebagai ADC kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah. Dua kali lima juga.

Tiada siapa yang dapat menjawab apakah peranan utama yang dimainkan oleh ASP Bong dan ASP Leong yang telah berjaya menjadikan PDRM sebagai 'Agen Pungutan Cukai Berjadual' untuk pegawai kanan polis Bukit Aman.

Kenapa hanya 23 penjudi yang ditangkap sekalipun serbuan berkenaan disertai lebih 50 pegawai polis daripada Bukit Aman?

Apakah berbaloi jika para penjudi dan pemilik 'Kasino' hanya didenda sekelumit sedangkan mereka sepatutnya dibuang daerah atau menjalani tahanan kediaman terhad agar kegiatan judi sabung ayam yang berakar umbi tidak dapat dibangunkan kembali dalam masa yang singkat?

Kenapakah Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu 'serbuan' yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan 'Tahniah' dengan nada sinis dan senyuman sumbing!

Kontingen Polis Sabah yang sebelum ini dimalukan dengan penangkapan Raja Syabu Asia, Chin Soon Goon di Manila oleh Polis Filipina sedangkan dua bulan sebelum penangkapan tersebut (2007), Markas Syabu terbesar di Asia yang beroperasi tidak sampai dua kilometer daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang sejak dua tahun lalu!

Kejayaan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Ku Chin Wah membongkar 'Skandal China Doll' di KTV Strawberry yang selama dua puluh tahun mendapat Perlindungan Polis telah menyebabkan beliau ditukar ke Brickfield, Kuala Lumpur dengan alasan dinaikkan pangkat.

Paling memalukan, operasi KTV berkenaan kini dikendalikan oleh anak pegawai kanan polis Sabah bagi menempatkan China Doll yang mendapatkan permintaan yang tinggi di Sabah.

Selepas itu, Polis Kontingen Sabah telah disewa oleh sebuah syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Kwantas Corporation Berhad untuk menghalau pemilik sebenar tanah di Latangon, Kinabatangan Sandakan.

Lebih 300 anggota polis pelbagai pangkat telah dikerah ke lokasi tanah bergeran atas alasan akan berlaku rusuhan sekalipun sebenarnya untuk menghalau keluar semua pekerja kebun dengan merampas parang dan sabit. Pekerja yang berdokumen ditangkap dan dilokap atas tuduhan 'Mengadakan Perhimpunan Haram', namun kesemua mereka dibebaskan mahkamah.

Kemenangan pemilik tanah dalam perbicaraan mahkamah menunjukkan PDRM Kontingen Sabah bagaikan Syarikat Kawalan Keselamatan yang boleh disewa pada bila-bila masa asalkan harga rundingan telah dipersetujui.


Masih relevankan Polis Kontingen Sabah atau tibalah masanya diletakkan di bawah kawal selia Ketua Polis Negara bagi memulihkan imej PDRM yang semakin tercemar!





Sebelum ini Malaysia Today pernah melaporkan Bong telah membebaskan ramai pemilik out-let 4D haram yang ditangkap dalam operasi khas dan menjadikan 'wang tebusan' sebagai sara hidupnya, namun Bong dinaikkan pangkat sekalipun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berjanji akan memindahkan Bong.

Bong telah mengarahkan seorang polis, Koperal Balasius Anak Nyalong untuk memungut '10 peratus daripada keuntungan bersih' 4D' haram daripada seorang Taukey Judi Haram, Yap Chin Fatt.

Aktiviti 4D Haram ini di Keningau dikendalikan oleh Yap Chin Fatt (Huat) @ Ah Fatt yang tinggal di No. 27, Taman Adika, Keningau. Yap sering dilihat memandu kereta Honda SA3333A berwarna hitam. Beliau menjalankan perniagaan 4D haram selama 10 tahun termasuk Wahui dan penyeludupan rokok dan arak tanpa cukai. Pengaruhnya amat ketara apabila boleh 'membeli' semua pegawai penguatkuasa dengan wang yang dimilikinya untuk menguasai industri 4D haram.

Yap dibantu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Wong. Dia menetap di rumah bernombor 21, Taman Hong Lok, Fasa 1, Keningau. Wong merupakan orang penting Yap yang mengawal lebih 150 orang pekerja. Wong sering kali kelihatan berlegar-legar di Balai Polis Keningau terutama apabila anggotanya ditahan polis dan memandu Mercedes berwarna emas bernombor SA93.

Yap turut dibantu oleh Ah Ming yang tinggal di rumah bernombor 198, Taman Future City, Keningau dan kelihatan sering memandu kereta Toyota berwarna putih bernombor SA909C. Ah Ming merupakan perintis operasi kerana menjalankan modus operandi aktiviti 4D haram dan Wahui sejak 15 tahun lalu tanpa sebarang 'gangguan' daripada pihak berkuasa walaupun beratus laporan telah dibuat oleh orang awam, Ah Ming begitu pintar dan mempunyai 'kabel' di dalam Balai Polis Keningau, Ibu Pejabat Polis Kepayan dan Bukit Aman. Dia terlebih dahulu mengetahui bila serbuan akan dibuat dan lazimnya dia akan memberhentikan kegiatan buat sementara waktu sehingga serbuan selesai.

Modus operandi 4D haram ini begitu mudah kerana pasaran tersedia terutama 'kubu' warga asing Filipina dan Indonesia yang bekerja di kilang papan dan kontrak kerajaan yang mem-budayakan judi sebagai 'halal' dan 'suka-suka' untuk mendapatkan rezeki.

Tiket 4D haram ini dicetak di Kota Kinabalu di Inanam dan diedarkan oleh pengedar berdaftar dan dijual secara terbuka di kedai yang dilantik oleh Yap, Wong dan Ah Ming. Setiap hari se-orang lelaki yang menunggang motorsikal akan datang membuat kutipan dan menyerahkan kepada Yap.

Cabutan mingguan akan dibuat pada setiap hari Isnin (atau hari lain) di rumah Ah Ming di Taman Future City yang akan dikerumuni agen dan orang ramai secara bebas dengan kawalan polis berpakaian biasa. Jika ada serbuan atau sebarang gerakan mengejut mereka akan beredar secara senyap atau berlagak seolah ada majlis sambutan ulang tahun atau kesyukuran.

Sehingga kini, 'Geng 3 Stoogies' ini telah melantik 17 out-let menjual tiket mereka iaitu Kedai Kopi Tip Top, Kedai Seiko Tailor, Kedai Kopi Long Fatt, Kedai Capital Milk Bar, New Capitol, Kedai Kopi Gracia, Wei-Wei Shop, Bebas Mini Market, Kedai Kopi Kun Sang, Kedai Bata (kasut), Restoran Everyday, NR Book & Magazines, Hing Loong Restoran,Kedai Yun Lee, Kedai Lim Yong Teck, Sinua Corporation Sdn.Bhd dan Restoran Zam Zam.

Beberapa agen yang dilantik telah ditangkap polis beberapa kali tetapi dibebaskan setelah berlaku 'rundingan dua hala' dan tidak pernah seorangpun di hadapkan ke mahkamah.

Kes Tingkayu, Bukti Kebodohan Polis

Kes pertikaian tanah seluas 4,000 ekar antara Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) dengan 171 pekebun kecil yang mendapat Perintah Injunksi daripada Mahkamah Tinggi Tawau pada 1 Februari 2008 membukti kebodohan Polis Malaysia.
Seorang Aktivis Masyarakat, O.K.K. Hassnar M.P. Ebrahim berkata demikian ketika diminta mengulas isu Tanah Tingkayu yang sudah berlarutan sejak lima bulan lalu.

"Sayalah orang yang memberi nasihat kepada Pekebun Kecil untuk bertindak dan bukannya takut kepada polis. Masa untuk orang awam hormat dan takut kepada polis telah berakhir. Jika CP ingin menangkap dalang pekebun kecil, tangkap dan dakwalah saya," ujar Hassnar yang mencabar PDRM menangkap beliau.

Cabaran berkenaan berpunca daripada tindakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim telah memberi amaran yang keras kepada semua pihak agar jangan mencampuri urusan tanah di Tingkayu sehingga sanggup menuduh beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan mendalangi para pekebun kecil dengan memberi nasihat yang salah dan menghasut pekebun kecil melanggar undang-undang.

Kata Hassnar, melatahnya seorang Pesuruhjaya Polis Sabah tetapi masih berpangkat DCP, menunjukkan betapa tidak profesionalnya polis Sabah sejak mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusof terlibat dengan Skandal Tanah di Tanjung Labian, Lahad Datu yang kini masih dalam perbicaraan.

Menurutnya lagi, betapa sukarnya seorang Pesuruhjaya Polis Sabah memahami apakah itu Injunksi Mahkamah sehingga mudah dipengaruhi oleh Pengerusi SKPTTB, Hajjah Alinah Usman Suing dengan memutar belit fakta bahawa Mahkamah Tinggi Tawau telah memberikan hak tanah seluas 4,000 ekar kepada SKPTTB, membuktikan Noor Rashid adalah seorang peniaga polis ataupun polis yang berniaga dan bukannya layak menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.

"Keputusan rayuan Perbicaraan Tanah di Mahkamah 2006 antara Yadum Atihal dengan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur yang digunapakai oleh Hajjah Alinah untuk mempengaruhi Noor Rashid bahawa tanah tersebut milik SKTPPB adalah tidak sah dan tidak berkuatkuasa kerana tidak langsung merujuk kepada SKTPPB" ujar Hassnar yang mengibaratkan kesalahan trafik diguna pakai dalam kes dadah.

Tegas Hassnar lagi, stas sebab teknikal, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah menolak rayuan pekebun kecil, namun menerima Saman Pemula Pekebun Kecil terhadap SKTPPB melalui Saman T (21) 4 Tahun 2008 yang difailkan pada 30 Januari 2008.

Clement Skinner kemudiannya telah meluluskan Injunksi Mahkamah kepada 171 Pekebun Kecil Tingkayu pada 1 Februari 2008 yang berbunyi;

"Adalah dengan ini Plaintif (Pekebun Kecil) diberi Injunksi untuk mencegah Defendan Pertama (Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad) sama ada bagi pihak mereka sendiri, kakitangan, pekerja atau agen atau sesiapa sahaja daripada menghalang Plaintif memasuki atau keluar daripada tanah tersebut dan menuai tanaman mereka di situ dan atau Defendan Pertama daripada meminta, mengambil atau menerima milikan kosong tanah tersebut yang kononnya diberi kepada Defendan Pertama di bawah geran CL 245361951 sehingga pembicaraan tindakan ini atau perintah lanjut oleh Mahkamah ini."

Namun kata Hassnar, Injunksi ini gagal difahami oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dengan mengambil sikap menyebelahi SKTPPB iaitu mendakwa bahawa tanah yang menjadi pertikaian tersebut milik SKTPPB sedangkan Injunksi yang diluluskan Mahkamah Tinggi Tawau tidak membenarkan SKTPPB mendakwa tanah tersebut milik mereka sehingga kes mereka dibicarakan dan diputuskan mahkamah.

"Jika polis menghalang pekebun kecil masuk ke kebun mereka dengan pelbagai ugutan dan dalam masa yang sama membiarkan penjenayah bermaharaja lela, maka polis melakukan Malafide dan membantu penjenayah merampas hak pekebun kecil," kata Hassnar dengan nada kesal.

Dalam pada itu, dengan nada sombong, Noor Rashid Ibrahim mengugut akan menangkap pekebun kecil yang telah memfitnah polis dan membuat laporan palsu, termasuk menuduh kekacauan ini berlaku akibat tindakan empat orang peniaga Cina dari Semenanjung Malaysia yang telah melabur di tanah berkenaan dan mempunyai kepentingan politik dan peribadi.

Namun tindakan pantas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok yang mengarahkan Biro Pengaduan Awam menjalankan siasatan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar menghantar sepasukan penyiasat dari Bukit Aman yang diketuai oleh Superintendan Chew dan ASP Fadzil telah menyebabkan Noor Rashid Ibrahim bagaikan 'Kucing hangus ekor'.

Walaupun siasatan terperinci dan menyeluruh Team Bukit Aman menjurus kepada Salahgunakuasa Polis, namun berjaya membongkar siapa sebenarnya yang terlibat dan menyaksikan sudah ada yang merasa pedas kerana tergigit lada!

Pengakuan Pengerusi SKTPPB, Hajjah Alinah di TV 3 memudahkan lagi 171 Pekebun Kecil mengambil tindakan Menghina Mahkamah bukan sahaja terhadap Alinah, malah Pesuruhjaya Polis Sabah, pekerja SKTPPB yang diupah untuk mencuri hasil pekebun kecil, malah Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh yang mempunyai kepentingan di atas tanah berkenaan.

Mungkinkah akan berlaku pertumpahan darah di Tingkayu akibat tindakan balas pekebun kecil yang merasakan tiada lagi kedaulatan Undang-Undang di Sabah dan Keluhuran Perlembagaan telah dicabuli polis dan SKTPPB yang dilindungi polis?

Jawapannya hanya ada kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kini masih mengerjakan Umrah dan akan memberikan sentuhan kecundang kepada Pesuruhjaya Polis Sabah yang kini sudah ada dalam senarai pertukaran besar-besaran PDRM.

Hasil minyak: Negara bertambah kaya, kenapa rakyat makin terbeban

Kenaikan harga minyak pasaran dunia menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar petroleum mendatangkan pendapatan lumayan dan menjadikan negara kaya sebaliknya kenapa dibebankan kenaikan harga minyak kepada rakyat, kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Sebab apa kita nak naik. Naik sepuluh dolar satu tong pendapatan negara meningkat 10 bilion ringgit bukan kita lagi miskin kita lagi kaya.
"Kita jual lebih banyak naik harga pendapatan bertambah. Kita jual barang keluaran negara kita kita jual durian contohnya. Bukan setakat kita eksport durian harga jadi 100 peratus dahulu RM5 sebiji naik RM10 sebiji pendapatan kita bertambah.
"Sudah pendapatan bertambah bagi negara bukan rakyat yang jual negara yang jual pendapatan dia meningkat sebaliknya rakyat kena beban. Ini dia pemikiran politik pemimpin Umno sekarang.
"Sebab itu lagi cepat kita turunkan Umno lagi selamatkan rakyat dalam negara kita, jelasnya ketika berceramah di Taman Keramat Au2 di sini, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Dr Shaari Sungip.
Anwar menyifatkan kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.
"Kita bukan Indonesia, Singapura atau India. Kita negara pengeluar minyak. Saya baru balik dari Filipina melawat Aquino sakit kerana barah. Semua kawan kita pun terkejut kenapa Malaysia terikut dalam masalah harga minyak kerana dia negara pengeluar minyak," kata Anwar.
Tambah Anwar, "Bila kita tanya..dia kata...ooo.. ini tidak boleh sebab ini sahaja harapan nak bela nasib orang Melayu. Saya nak tanya pemimpin Melayu apakah selamat kita dibawah pemimpin Umno sekarang."
Kata beliau, sebagai langkah mengangkat martabat orang Melayu sebagaimana yang dituduh oleh Umno kepada KeADILan sebagai pengkhianat bangsa Melayu, sebaliknya Unmo menurunkan harga minyak.
"Hanya dengan ini dapat mengangkat martabat Melayu, jika tidak Melayu pun ranap dan begitu juga bangsa lain Cina dan India.
"Angkat orang Melayu naik harga minyak. Orang Melayu ranap, Cina ranap, India ranap. Kontrak bagi anak-anak kamu. Saham bagi menantu kamu. Pemimpin Umno melimpah kekayaan dedahkan semua kedudukan harta kamu anak kamu akaun bank dalam dan luar Negara. Ikhlas kamu bersih kami pertahankan kamu.
"Kita tidak musuh kekayaan mereka. Kita jawab ini kerana mereka tuduh kami khiant orang Melayu. Jangan tertipu maianan politik mereka," ujarnya.
Beliau juga mempersoalkan sikap rakyat yang memilih secara aman sehingga kenaikan harga minyak tertinggi di dunia dan harga minyak tertinggi berbanding negara pengeluar minyak yang lain.
"India kalu naik 10 atau 12 peratus, mereka sudah bergolak satu India. Kita sekaligus naik 70 peratus pemimpin yang tidak berperikemanusiaan.
"Kalau pemimpin kaya pekerti dia tahu bagaimana rakyat hidup buruh kasar pendapatan RM800 ke RM1200 sebulan, guru sekolah rendah bayangkan pendapatan RM1200 dengan anak enam dan dengan kadar minyak seperti ini memang bebankan nasib rakyat kita.
"Saya tidak anggap ini isu politik semata-mata. Tidak ada makna kita menjadi pemimpin kalau tidak prihatin nasib rakyat. "Saudara boleh sabar jimat belanja. Jangan beli dan makan apa-apa yang kamu (pemimpin) makan kedarah yang sedap,"tambahnya lagi.