Syurga judi sabung ayam terkenal di Sabah yang beroperasi sejak 20 tahun lalu dengan syubahat Kontingen Polis Sabah telah dibakar!
Syurga yang terletak di Kampung Sogon, Jalan Kimanis-Keningau dan menjalar sehingga ke dalam hutan simpan Banjaran Crocker Keningau telah berada di bawah pengaruh Taukey Judi terkenal, 'Mr Wai' mengalahkan polulariti Tan Sri Lim Goh Tong kerana beroperasi tanpa lesen.
Selama ini Syurga judi berkenaan terletak di bawah kawal selia Chief Inspektor Bong yang membuat pertaruhan ratusan ribu ringgit setiap pusingan sabung dan memungut 20 peratus daripada jumlah pertaruhan.
Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman baru-baru ini, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda.
Serbuan tersebut merupakan tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini menjadi 'Pelindung' kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah.
Rentetan peristiwa jenayah yang melibatkan 'Godfather' dan 'Don' yang mendapat perlindungan Kontigen Polis Sabah bermula dengan Judi Sabung Ayam di Keningau yang telah menjadi sumber rezeki pegawai kanan polis.
Walaupun laporan demi laporan dibuat, namun selama lebih 20 tahun, Syurga Judi Sabung ayam milik Mr Wai yang menjadi tumpuan kaki sabung ayam berpisau dari Asia Tenggara selamat daripada sebarang serbuan polis.
Pegawai kanan Kontingen Polis Sabah telah hidup mewah hasil ratusan juta ringgit yang telah berjaya dikumpul daripada kegiatan judi berkenaan, tidak termasuk wahui dan 4D haram yang telah berakar umbi di Keningau dan sekitarnya.
Hubungan antara Mr Wai dan Chief Inspektor Bong bagaikan isi dengan kuku sehingga laporan yang dibuat kepada Unit Tatatertib Bukit Aman bukannya menurunkan pangkat Chief Inspektor Bong Khuet Kuen, malah menaikkan pangkatnya sebagai Assistant Superintendan Polis (ASP).
Persoalannya, siapakah yang mendalangi dan menikmati hasil daripada kerja keras Mr Wai dan ASP Bong sejak 1993? Pesuruhjaya Polis Sabah atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman?
Jika di zaman Datuk Ramli Yusoff menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Leong menjadi 'Bill Collector', maka di zaman Datuk Bakri Zinin pula ASP Leong dilantik sebagai ADC kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah. Dua kali lima juga.
Tiada siapa yang dapat menjawab apakah peranan utama yang dimainkan oleh ASP Bong dan ASP Leong yang telah berjaya menjadikan PDRM sebagai 'Agen Pungutan Cukai Berjadual' untuk pegawai kanan polis Bukit Aman.
Kenapa hanya 23 penjudi yang ditangkap sekalipun serbuan berkenaan disertai lebih 50 pegawai polis daripada Bukit Aman?
Apakah berbaloi jika para penjudi dan pemilik 'Kasino' hanya didenda sekelumit sedangkan mereka sepatutnya dibuang daerah atau menjalani tahanan kediaman terhad agar kegiatan judi sabung ayam yang berakar umbi tidak dapat dibangunkan kembali dalam masa yang singkat?
Kenapakah Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu 'serbuan' yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan 'Tahniah' dengan nada sinis dan senyuman sumbing!
Kontingen Polis Sabah yang sebelum ini dimalukan dengan penangkapan Raja Syabu Asia, Chin Soon Goon di Manila oleh Polis Filipina sedangkan dua bulan sebelum penangkapan tersebut (2007), Markas Syabu terbesar di Asia yang beroperasi tidak sampai dua kilometer daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang sejak dua tahun lalu!
Kejayaan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Ku Chin Wah membongkar 'Skandal China Doll' di KTV Strawberry yang selama dua puluh tahun mendapat Perlindungan Polis telah menyebabkan beliau ditukar ke Brickfield, Kuala Lumpur dengan alasan dinaikkan pangkat.
Paling memalukan, operasi KTV berkenaan kini dikendalikan oleh anak pegawai kanan polis Sabah bagi menempatkan China Doll yang mendapatkan permintaan yang tinggi di Sabah.
Selepas itu, Polis Kontingen Sabah telah disewa oleh sebuah syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Kwantas Corporation Berhad untuk menghalau pemilik sebenar tanah di Latangon, Kinabatangan Sandakan.
Lebih 300 anggota polis pelbagai pangkat telah dikerah ke lokasi tanah bergeran atas alasan akan berlaku rusuhan sekalipun sebenarnya untuk menghalau keluar semua pekerja kebun dengan merampas parang dan sabit. Pekerja yang berdokumen ditangkap dan dilokap atas tuduhan 'Mengadakan Perhimpunan Haram', namun kesemua mereka dibebaskan mahkamah.
Kemenangan pemilik tanah dalam perbicaraan mahkamah menunjukkan PDRM Kontingen Sabah bagaikan Syarikat Kawalan Keselamatan yang boleh disewa pada bila-bila masa asalkan harga rundingan telah dipersetujui.
Masih relevankan Polis Kontingen Sabah atau tibalah masanya diletakkan di bawah kawal selia Ketua Polis Negara bagi memulihkan imej PDRM yang semakin tercemar!
Sebelum ini Malaysia Today pernah melaporkan Bong telah membebaskan ramai pemilik out-let 4D haram yang ditangkap dalam operasi khas dan menjadikan 'wang tebusan' sebagai sara hidupnya, namun Bong dinaikkan pangkat sekalipun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berjanji akan memindahkan Bong.
Bong telah mengarahkan seorang polis, Koperal Balasius Anak Nyalong untuk memungut '10 peratus daripada keuntungan bersih' 4D' haram daripada seorang Taukey Judi Haram, Yap Chin Fatt.
Aktiviti 4D Haram ini di Keningau dikendalikan oleh Yap Chin Fatt (Huat) @ Ah Fatt yang tinggal di No. 27, Taman Adika, Keningau. Yap sering dilihat memandu kereta Honda SA3333A berwarna hitam. Beliau menjalankan perniagaan 4D haram selama 10 tahun termasuk Wahui dan penyeludupan rokok dan arak tanpa cukai. Pengaruhnya amat ketara apabila boleh 'membeli' semua pegawai penguatkuasa dengan wang yang dimilikinya untuk menguasai industri 4D haram.
Yap dibantu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Wong. Dia menetap di rumah bernombor 21, Taman Hong Lok, Fasa 1, Keningau. Wong merupakan orang penting Yap yang mengawal lebih 150 orang pekerja. Wong sering kali kelihatan berlegar-legar di Balai Polis Keningau terutama apabila anggotanya ditahan polis dan memandu Mercedes berwarna emas bernombor SA93.
Yap turut dibantu oleh Ah Ming yang tinggal di rumah bernombor 198, Taman Future City, Keningau dan kelihatan sering memandu kereta Toyota berwarna putih bernombor SA909C. Ah Ming merupakan perintis operasi kerana menjalankan modus operandi aktiviti 4D haram dan Wahui sejak 15 tahun lalu tanpa sebarang 'gangguan' daripada pihak berkuasa walaupun beratus laporan telah dibuat oleh orang awam, Ah Ming begitu pintar dan mempunyai 'kabel' di dalam Balai Polis Keningau, Ibu Pejabat Polis Kepayan dan Bukit Aman. Dia terlebih dahulu mengetahui bila serbuan akan dibuat dan lazimnya dia akan memberhentikan kegiatan buat sementara waktu sehingga serbuan selesai.
Modus operandi 4D haram ini begitu mudah kerana pasaran tersedia terutama 'kubu' warga asing Filipina dan Indonesia yang bekerja di kilang papan dan kontrak kerajaan yang mem-budayakan judi sebagai 'halal' dan 'suka-suka' untuk mendapatkan rezeki.
Tiket 4D haram ini dicetak di Kota Kinabalu di Inanam dan diedarkan oleh pengedar berdaftar dan dijual secara terbuka di kedai yang dilantik oleh Yap, Wong dan Ah Ming. Setiap hari se-orang lelaki yang menunggang motorsikal akan datang membuat kutipan dan menyerahkan kepada Yap.
Cabutan mingguan akan dibuat pada setiap hari Isnin (atau hari lain) di rumah Ah Ming di Taman Future City yang akan dikerumuni agen dan orang ramai secara bebas dengan kawalan polis berpakaian biasa. Jika ada serbuan atau sebarang gerakan mengejut mereka akan beredar secara senyap atau berlagak seolah ada majlis sambutan ulang tahun atau kesyukuran.
Sehingga kini, 'Geng 3 Stoogies' ini telah melantik 17 out-let menjual tiket mereka iaitu Kedai Kopi Tip Top, Kedai Seiko Tailor, Kedai Kopi Long Fatt, Kedai Capital Milk Bar, New Capitol, Kedai Kopi Gracia, Wei-Wei Shop, Bebas Mini Market, Kedai Kopi Kun Sang, Kedai Bata (kasut), Restoran Everyday, NR Book & Magazines, Hing Loong Restoran,Kedai Yun Lee, Kedai Lim Yong Teck, Sinua Corporation Sdn.Bhd dan Restoran Zam Zam.
Beberapa agen yang dilantik telah ditangkap polis beberapa kali tetapi dibebaskan setelah berlaku 'rundingan dua hala' dan tidak pernah seorangpun di hadapkan ke mahkamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment