Tuesday, June 10, 2008

Pusat perlu bersedia laksana perubahan diminta rakyat Sabah

Banyak kenyataan dan komen mengenai nasib rakyat Sabah telah dibuat sejurus selepas keputusan pilihan raya ke-12 diumumkan.

Antara kenyataan itu termasuklah daripada Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh yang meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk mengadakan "plebicite" untuk mengetahui sama ada rakyat Sabah ingin terus kekal dalam Persekutuan Malaysia atau sebaliknya.

Datuk Patrick Sindu juga ada menyatakan pendapat beliau tentang perkara ini dan menyatakan Harris hanyalah bermimpi.

Manakala kenyataan yang dibuat oleh Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee pula berbaur ugutan kepada Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa PM harus mengotakan janjinya kepada rakyat Sabah sebelum Ogos tahun ini atau berdepan masalah MP Sabah keluar Parti beramai-ramai (tetapi hairannya Yong menegaskan MP SAPP tidak akan berbuat demikian.)

Tidak mahu ketinggalan, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan juga mengeluarkan kenyataannya tersendiri dengan menyatakan negeri Sabah semakin miskin akibat perbuatan Kerajaan Persekutuan merampas atau mengendahkan 20 perkara.

Menurut Jeffrey, 20 perkara inilah yang menjasi asas kepada hak-hak negeri tersebut dan menjadikan Sabah "lain" daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai rakyat Sabah tidak sedar bahawa kenyataan 20 Perkara yang Jeffrey sebutkan itu telah pun diserapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan Sabah sendiri.

Oleh itu, tanggapan bahawa negeri Sabah miskin akibat 20 Perkara diendahkan ataupun dirampas bukanlah tanggapan yang kuat.

Untuk berlaku lebih adil, kesemua pemimpin Sabah, baik yang dahulu atau sekarang bersetuju bahawa Sabah telah menjadi sebuah negeri yang papa kedana tetapi mempunyai pandangan berbeza tentang apa yang berlaku.

Sebagai contoh, Harris dalam kenyataannya berpandangan:

*** Sabah miskin kerana Kerajaan Pesekutuan mengendahkan keutaan projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh negeri ini. Kebanyakkan projek yang dijalankan seperti pembinaan jalan raya baru atau sekolah-sekolah besar tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, terutamanya yang berada di kawasan-kawasan luar bandar dan projek-projek seperti ini bukanlah yang dikehendaki oleh penduduk.

*** Keangkuhan Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan UMNO, yang antara lainnya turut mengamalkan dasar yang sama dan Harris mengambil contoh pemilihan agung UMNO sebagai contoh di mana dasar ini sangat ketara diamalkan. Sebagai contoh, mana pemimpin yang ingin bertanding sebagai Presiden Parti haruslah mendapat pencalonan sebanyak 30 peratus daripada 191 Bahagian. Hampir kesemua pengerusinya mendapat kelebihan atau ganjaran politik dibawah naungan Umno apabila membina untuk kontrak Kerajaan.

Di bawah sistem ini, projek-projek pembangunan untuk kawasan-kawasan luar bandar tidak menjadi keutamaan kerana ramai yang mengintai projek-projek yang besar dan membawa untung yang banyak. Oleh yang demikian, pengerusi, yang juga bergelar YB pada masa sama, tidak tahu atau tidak peduli menyusun agenda pembangunan untuk memangkin ekonomi kawasan luar bandar.

Jika faktor-faktor ini di ambil kira, maka cadangan Harris kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan "plebicite" menjadi realiti, ianya akan membuka peluang untuk rakyat Sabah menyusun formula dan melaksanakan pelan-pelan yang akan membawa perubahan dan memperbaiki ekonomi negeri dan rakyat jelata, terutamanya yang berada di kawasan luar bandar.

Mengenai kenyataan Presiden SAPP pula, Yong telah bijak menggunakan kekuatan pada jumlah MP Sabah dalam BN untuk menyatakkan perlunya perwakilan yang lebih di bahagian eksekutif Kerajaan Persekutuan, di mana Yong telah membuat tuntutan supaya PM bertindak sebelum bulan Ogos ini.

Dalam hal ini perli diingat, Harris adalah pemimpin yang telah lama bersara manakala Yong pula masih bergiat aktif, akan tetapi kedua-dua mereka mempunyai hak untuk bersuara dan tidak ada mana-mana pihak yang sepatutnya menyatakan mereka ini sebagai terlalu berani atau melanpau dalam tuntutan meraka.

Untuk membezakan yang mana satu melampau, cuba pembaca membandingkan kenyataan Harris dan Yong dang Karpal Singh yang terang-terang mencabar kesahihan status dan peranan raja-raja Melayu.

Kesemua ini ada kaitan dengan keadaan politik negara sekarang di mana lima negeri kini di bawah kawalan pembangkang dan dengan majoriti yang tipis di dalam Parlimen, Umno dan Kerajaan Persekutuan tahu posisinya terumbang-ambing.

Harus diingat bahawa Harris dan Yong bukanlah pemimpin pertama untuk membuat kenyataan yang menuntut perubahan, malah tengku Razaleigh sendiri membuat kenyataan berani untuk perubahan drastik dalam Umno dan juga kepimpina Kerajaan Persekutuan.

Malihat kepada situasi ini, keberangkalian untuk pihak pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara seawal tahun 2012 atau lebih awal tidak boleh dipandang ringan.

Akan tetapi, demi masa depan keharmonian dan ekonomi negara, keberangkalian ini haruslah diperkecilkan lagi dan ini hanya boleh dibuat jika pemimpin Kerajaan Persekutuan bersikap lebih sensitif dan mendengar keluhan rakyat Sabah dengan Ikhlas.

Apa yang lebih penting selepas itu adalah untuk Kerajaan Persekutuan Bersedia dan rela melaksanakan perubahan yang diminta oleh rakyat Sabah.

No comments: